14 November 2010

cuti panjang...

...Pemilik blog sedang bercuti...
15/11/2010 - 12/12/2010

sebarang pertanyaan sila emel kepada saya - emel address kt sidebar nu..
kepada Mumun dan Nina, tunggu ye. hadiah pos lewat sikit. hehe
TQ

sehingga berjumpa lagi.. tata~

Multilevel Marketing; Cari Rezeki Halal?


Assoc Prof Naemah Amin pernah kata, kalau kamu rasa masuk multilevel tu halal, cuba fikirkan orang yang terakhir dalam piramid tu, bukan ke dia tertindas?
takkan lah dalam dunia ni, semua orang nak join Hai-O ke, CNI ke..

tapi, syarikat-syarikat ni kira ok lagi. ada jugak realnya, jual produk. kalau jenis yang atas angin je.. apa kes?

saya pun sependapat. TIPU lah.. sebab tu rasa menyampah kalau ada orang ajak masuk skim cepat kaya stail "halal" macam ni. lebih-lebih lagi, kalau mereka guna nama MELAYU dan ISLAM. kononnya, demi kemajuan orang Islam, nak tolong bangsa Melayu. sebenarnya, puak-puak dorang tu je yang kaya-raya, orang bawah-bawah _ downline dorang tetap tak kaya. kn?

hey..! please lah.....
go find another reason okeh.. and most importantly, don't ask me to join your "halal" way of life. terima kasih la banyak-banyak ye.
OUT YOU GO..

11 November 2010

Brooch Berbatu Tahan Lebih Lama

anda perempuan? memiliki brooch yang cantik berbatu-batu?





mula mula beli, brooch tu berkilat, kan? da lama sikit, hilang satu batu. lepas tu, dua. kemudian, tiga. hmm... lepas tu, da tak cantik, kita pun pergi kedai, beli brooch lain, kan? hehe...

jimatkan duit anda dan jadikan brooch lebih tahan lama, berkilat, dengan batu permata yang tak tanggal.


bagaimana caranya?

try this..!
sapukan pengilat kuku kat brooch tu. pengilat kuku tu akan lekatkan batu-batu brooch anda kira jadi macam gam la... biarkan ia kering seketika dan... nescaya brooch akan nampak  berseri lebih dari biasa...

tapi AWAS
guna pengilat kuku yang takde warna ye... colorless
sapu yang warna-warni kang hancus brooch tu. jangan claim kat den lak nanti. eheehee...

Amigurumi FREE

Bangun pagi gosok gigi. hehe. Ada sesiapa blog-walking pagi pagi tak..?

Ni post sambungan semalam. Kemas almari, rasa macam nak buang barang. Jadi, daripada buang, lebih baik bagi orang. hehe

Nak keychain FREE? tengok sotong ni.

Ok, nak bagi keychain sotong bucuk tu kat sapa sapa je yang sudi jengah blog ni. Komen sekarang OK. ye, SEKARANG.

Sapa cepat dia dapat :)

Sapa Nak Beg FREE?

Sedang mengemas almari untuk bercuti. hmm.. 
Tiba-tiba rasa macam nak buang je benda-benda yang semak kat bilik ni. huhu.. 
Tapi, nak buang camtu je, sayang la plak. Boleh Reuse, Recycle, Reduce cewah... tiba-tiba kempen kitar semula. Go Green. Sayangi bumi kita...!

Ingat tak BEG ni? *scroll sampai bawah. atas tu kasut baby*
hmm... Saya tak guna. Nak buang sayang. Tapi, nak guna, da ada beg gaya ni. Color pun hijau jugak.

MAKA...

Saya nak bagi beg ni kepada sesiapa saja.
ye...! SESIAPA saja. Awak ada blog ke takde blog ke, saya tak kisah.

Camana nak dapat?
Jadi orang pertama komen di entry ni, beg ini akan jadi milik anda...!

Senang kan... :)
Komen lah...

10 November 2010

Senarai Semak

Tukang kait akan bercuti dari 15/11/2010 – 12/12/2010. Jadi segala tempahan akan disiapkan semasa cuti selama-lamanya panjang. Berikut ialah senarai tempahan. Sila semak dan jika nama anda tiada dalam senarai, sila beritahu okeh. Jangan merajuk pulak ye. hehe... tQ :)


No.
Nama
Tempahan
Jumlah
Remark
1
kak emy
kasut baby
3
 done - 21/10/2010
2
cik yam
tudung kipas
2
in progress


*bookmark

done
3
kak sofia
set baby; kasut, topi & headband
3
in progress
4
kak farhah
kasut baby sepasang
1
in progress
5
hanun
phone keychain
1

6
ibrati
phone keychain
1

7
k.leh
sheep
1

8
miza makteh
phone keychain
1

9
soleha makteh
phone keychain
1

10
iqi cik yam
pocoyo
1

11
siti
bookmark
20

12
kak emy
set baby; kasut, topi & sarung tangan
6

13
kak Marlina
kasut baby
1



Tukang kait boleh dihubungi di…


1) Emel ; rujuk sidebar blog ye
2) Facebook; id – Roziliana Mat
3) Facebook (kedai); id – Crochet Kak Ngah
4) YM ; id – rozi_liana
5) Ok, cukup la tu...

Nota kaki: Sori semua sebab tunggu lama – exam da nak abes exam yahooo
WIP sampai tiga – kes benang tak cukup la tu ;p

UPDATE : siapa nak barang cepat sampai, hantar NAMA, ALAMAT, NO FON, EMEL ADD kepada saya. Sila berbuat demikian sebelum 14/11/2010 songeh lak tukang kait ni siap bagi due date kan

09 November 2010

Ancaman Akidah Orang Melayu Islam di Malaysia - Part 2

Ini sambungan artikel isu Murtad di Malaysia. Kalau belum baca part 1, klik SINI.


Lagi satu kes saudara baru kita, nama Mohd Yusof, nama asal Santana (kalau tak silap). Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Yusof ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya taknak. Yusof bawa anaknya masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun bekas isterinya datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Jadi, Yusof minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi KL pun bagi pada si perempuan ni. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Yusof ditangkap! (sedangkan Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu bagi semula pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Kemudian, perempuan tu minta mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Ada satu lagi, kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' 

Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir yang paling teruk, kes Ibrahim dan isterinya Solehah, bersama seorang anak perempuann mereka, usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan.. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW belum ada kuasa pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa. Tapi, Rasulullah kata, Sumaiyah dijamin syurga.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazahsaudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. 

Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur merekabertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Bagaimana ini boleh terjadi sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.?

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besaritu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir semula.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah?' Rasullullah SAW menjawab,? Kerana dia menjual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' 

Kita takkan nampak kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan. Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak sedar kawujudannya? Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, ROKOK yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak BOLA sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Kalau Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, merekatetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu...

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian ni?

Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnyakehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sIstem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi, justeru,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. 

Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikel ni kepada saudara kita yang lain. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Giveaway NinaSyakina

Giveaway sempena pembukaan Nina's Collection. sila join ye. klik SINI

Syarat penyertaan ialah;

hmm.. tak susah kan..? jadi, tunggu apa lagi, jom join GA Nina..!

nak tgk hadiahnya..? ni ha...

cantik kan... hmm.. terliur tak..? hehe

tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 Disember. jangan lepaskan peluang ini..!

okeh, saya tag;
1 - azwa
2 - bella
3 - faisal

08 November 2010

Things About Me - Tag

25 things about me!

sila baca ni dulu:"once you have been tagged,you are supposed to write a note with 25 random,things,facts or goal about you.at the end,choose 5 people to be tagged.you have to tag the person who tagged you.if i tag you,its because i want to know more about you."

oh dear azwa. lenkali tak mo buat cmni lagi okeh. ni bukan personal blog utk akak. hehe..

1. suka makan nasi. of course dengan lauk ye..

2. suka minum air kosong. kalau cuaca panas, sehari boleh mencecah 2 jag.

3. suka mengait. cuba pusing keliling blog ni :)

4. suka suasana kampung. balik kampung best..

5. suka dengar lagu-lagu lama. 90's.

6. suka belajar seni. terutamanya folk-art.

7. suka tengok english movie. yang zaman victoria tu. baju-baju dorang pakai cantik.

8. bilik mesti ada jam dinding besar. MESTI.

9. sekarang, quite addicted dengan fb. uhuhu..

10. ada dua kedai di alam maya ni. boleh search "crochet kak ngah" kat fb ye :)

11. suka guna petua kecantikan orang dulu-dulu. lebih jimat dan selamat.

12. suka benda yang percuma.

13. tidur pakai stokin. kalau x, badan masuk angin.

14. tak tahan cuaca yang terlampau sejuk atau panas.

15. suka tengok bunga cantik yang ibu tanam kat depan laman rumah.

16. masa kecik keras hati. da besar kuat menangis.

17. pernah menang pertandingan mewarna no. 1 masa 6 tahun. dapat hadiah beg sekolah. seronok..

18. sayang gila kat bebear gemok.

20. ada dua mak. sorang mak kandung. sorang lagi makcik sedara yang tinggal berjiran masa kecik dulu.

21. pandai gubah hantaran. belum pro lagi lah :p

22. nak belajar menjahit bila ada peluang.

23. sedang belajar memasak. tapi, lebih suka buat kek dari masak lauk-pauk.

24. ada lesen kereta sahaja. motor? tak pandai bawak. hehehe

25. nak kawin dengan orang kaya :D *berangan*


nak tag;

1 - orang yang tag saya - azwa
2 - whitepurple
3 - bella
4 - nina
5 - faisal

Ancaman Akidah Orang Melayu Islam di Malaysia

**copieed from an article on fb**

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu?

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 sahaja, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad (di KL sahaja). Tahun 1998, 516 orang sudah murtad.

Aisyah bukan kes pertama, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Sehingga kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu, bahawa Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang terpelajar seperti Aisyah boleh murtad?
2. Bagaimana orang kafir boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Tiada apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri hairan macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan ajaran Islam tetapi akhirnya murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan.. ....
Permohonan ini dibuat oleh Leonard Teoh seorang peguam CinaKristian. (Habeas Corpus bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan permohonan adalah untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah (illegally detained). Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
'Saya Leonard Teoh telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'
Perenggan 23: 'Saya Leonard Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Dari segi perundangan, Article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah kini menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah balik ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau benarkan anaknya ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Malah, Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dibelasah oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat laporan bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu, disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul Hindu), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu tu ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah. Tetapi, dia ditahan dilokap akibat cuba menyelamatkan akidah anaknya.

~ tunggu sambungannya...