27 December 2010

Scrub Tangan Istimewa

"resepi" scrub tangan ni dapat dari tv2, rancangan apa tah da lupa.. pagi-pagi tu lepas subuh. pengacara rancangan tu Ju Aziz. dia pegi spa dekat dengan Genting kalau tak silap.

bahan-bahannya senang je. sebiji kentang dengan sebiji bawang merah besar. ada sesetengah orang panggil bawang besar je. potong dadu, kemudian, blend bahan-bahan tu. then, sapu kat tangan selama 10 minit. kalau nak lama pun boleh.. sapu sampai tapak tangan rasa licin. lepas tu, bilas macam biasa. amalkan 2 atau 3 kali sebulan. insyaAllah, tapak tangan akan jadi lembut dan licin.



p/s; dulu masa sekolah, cikgu Rohana pernah cakap, saya lebih suka salam dengan anak dara yang tangan kasar sikit. maknanya, dia pandai buat kerja dapur la tu..
ups! hehe...

No comments:

Post a Comment