06 January 2011

Malaysia hebat - tapi tak setanding Singapura

pertama kali saya seronok belajar Geografi ialah semasa Tingkatan 3. cikgu baru tu *tak ingat nama cikgu..ampun...!* makcik si Hajar, classmate Hamidian. bila dia mengajar, semua akan khusyuk menyalin nota. macam kena pukau. haha..

tapi satu perkara yang membuatkan saya kagum dengan cikgu Geografi tu ialah; masa dia mengajar, kita akan terasa macam cikgu tu pernah pergi semua tempat yang dia ceritakan. dia boleh cerita dengan detail apa saja yang kita boleh nampak & rasa kat tempat tu.

berbalik kepada tajuk, cikgu kata; perancang bandar negara kita patut tiru macam Singapura. jangan buat lanskap yang sia-sia. contohnya, tanam la pokok yang mengeluarkan hasil. pokok buah ke, sayur ke... apa-apa lah. janji, ada hasil. bunga memang la cantik tapi, hasilnya setakat kecantikan dan keindahan alam. selain daripada tu, cuma daun kering je.

pokok yang banyak kat tepi-tepi jalan (biasanya kat divider jalan/highway) kebanyakannya pokok besar yang cuma menghasilkan daun-daun kering. cikgu kata; cuba tanam pokok mangga ke, kan ada hasil. buahnya boleh dijual. duit tu boleh masuk tabung negara. paling tak pun, kalau tak jual, orang ramai boleh petik dan makan. tentu sedap, kan..? paling hampeh pun, kalau semua orang dah kaya-raya sangat, tak heran dengan buah mangga tepi jalan, burung-burung @ serangga lain pun boleh dapat mafaatnya. pendek kata, jangan tanam pokok yang takde hasil.

ohhhhhhhhhhh kalau lah Malaysia tanam pokok durian sepanjang highway KESAS, tentu kerajaan dah KAYA!

nota; tapi ada juga benda pasal Singaporean yang tak patut dicontohi. buang sampah merata kat Malaysia - sebab kat negara sendiri tak boleh buat camtu. ye lah... they all kan ada kamera litar tertutup merata tempat!

betullah kata Mirwana;
berjalan... bermusafirlah... melihat kebesaran Tuhannya. diciptakan untuk mereka yang berfikir...

No comments:

Post a Comment