18 January 2011

MENU DIET

 resepi ini dapat dari rancangan masak-masak kendalian Chef Ismail yang tembam & cute. dia kata ni resepi orang Negeri Sembilan. sesuai sebagai hidangan tengahari - sebagai lauk atau dimakan begitu saja. resepi ringkas dan mudah ini khas untuk mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. nak kurus, jom cuba!

bahan:
bawang merah
bawang putih
cili
garam
gula
santan
terung bakar

cara:
campur semua bahan KECUALI santan dan terung bakar, tumbuk sampai halus - macam tumbuk nak buat sambal belacan. akhir sekali, tuang santan dan masukkan terung bakar. gaul rata dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA..!

No comments:

Post a Comment