12 January 2011

Hamba dan Safih dalam bab Nikah

pagi ni, baru saya tahu satu 2 perkara yang penting. walaupun nampak remeh, tapi saya rasa ramai juga yang tak tahu pasal benda ni..

hukum bagi hamba adalah separuh dari orang biasa. lelaki biasa boleh berkahwin 4. hamba pula separuh 
dari itu = 2. hamba tidak boleh menikahi wanita yang ke3. malah, meminang wanita ke3 untuk dinikahi - itu juga tidak dibenarkan. kerana tujuan meminang ialah nikah. maka, tidak boleh seorang hamba yang sudah mempunyai 2 isteri meminang seorang perempuan lain. MELAINKAN dia menceraikan salah seorang dari isterinya, barulah dia boleh meminang perempuan lain.

seorang yang safih pula hanya boleh berkahwin dengan seorang perempuan. kerana safih adalah mahjur 'alaih. dia tidak mampu untuk menikahi lebih dari seorang perempuan. maka, dia tidak boleh meminang perempuan lain selagi isterinya masih hidup.

**safih - orang yang bodoh/lembab dengan sebab kecacatan akal.

No comments:

Post a Comment