30 November 2011

What I've Been Up To...

It has been a week since my last post. and these are what I've been up to...

Ini tempahan kak Miranda Laura. Beg ni sama spesis dengan yang Zila tempah :) beza color dengan butang je. Ada gambar kat sini

bunga ni gambar blur plak


would be lovely if accessories attached, aren't they?




Yang ni pula tempahan kak Eda, lecturer BMI. Dia tengah cuti bersalin. Tahniah kak Eda. Selamat berpantang :)



20 November 2011

Button Planet 11.11.11 Giveaway!!

Jumaat lepas, pergi tengok Button Planet cari butang lady bird. tengok-tengok BPE tengah buat GA, jadi saya dengan senang hatinya join. Alang-alang dah beli butang kan, mari kita join. Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu...

1) Tadi dah bank-in duit so 1st condition DONE
2) Dah jadi BPE follower, baru kejap ;p walaupun sebelum ni tak jadi follower, I've been there every now and then especially bila stok butang habis haha bila tah butang habis, bertambah ada la...
3) Entry ni is about the said GA
4) I'll leave the comment there...!

Tarikh tutup GA : 11.59p.m. of 21st November 2011



Paling adore butang-butang no. 1. cute miut, geram!

19 November 2011

My Craft Garden 1st Giveaway

Dah lama tak masuk giveaway dari mana-mana blog. Jadi entry kali ini nak masuk giveaway Kak Lia of My Craft Garden. Here are the conditions;

1) Mesti ada blog sendiri ... ; this is my blog - crochet kak ngah

2) Buat satu entry ringkas bertajuk "My Craft Garden 1st Giveaway" dan copy banner giveaway kat atas tu and then link kan ke entry ni ; ada kat tepi tu


3) Sila tinggalkan komen beserta dengan email anda supaya senang saya nak hubungi kalau terpilih sebagai pemenang nanti... okeh. satgi saya drop komen eh :)

4) Kena follow ke? hehe...tak kisah, terpulang lah nak follow ke tak....(kalau nak, follow lah seikhlas hati ye...:) ; follow lah.. senang saya nak cari balik blog akak nanti hehe.

5) Opps...untuk yang tinggal di Malaysia sahaja ye....( senang nak pos hadiah nanti...;) saya orang Msia, Selangor.

6) Tarikh tutup giveaway adalah pada 17 Disember 2011 tepat jam 12.00 tengah malam... okies, arini 19/11/2011!


jom ramai-ramai. orang putis kata the more the merrier!


mudah-mudahan dapat hadiah! :)

18 November 2011

Makhluk atau Bukan Makhluk

Pernah tak dengar cerita pasal Imam Ahmad tak nak cakap Al-Qur’an itu makhluk? Baru semalam tahu kenapa sebenarnya Imam beriya-iya sangat tak nak membenarkan kenyataan tersebut. Imam Ahmad tetap cakap al-Qur’an bukan makhluk Allah.

Tutor kami cakap; kalau Imam Ahmad kata benar al-Qur’an tu makhluk, secara tak langsung Imam Ahmad kata Allah tak sempurna, sebab Qur’an itu kalamullah “perkatan-perkatan Allah”. Jadi al-Qur'an tu cara Allah sampaikan sesuatu kepada umat Islam.

Adakah Allah mencipta al-Qur’an sebab Allah tak boleh bercakap?

Sudah tentu TIDAK. Buktinya ada dinyatakan dalam al-Qur’an cerita Nabi Allah Musa bercakap denganNYA di Bukit Tursina dan peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. meminta dikurangkan bilangan waktu solat dari 50 rakaat kepada 5 rakaat semasa isra’ mi’raj. Cuma cara Allah bercakap tidak mungkin sama dengan makhlukNYA. Itu anatara zat Allah yang tak dapat kita bayangkan.

Baca tentang peristiwa Nabi Musa DI SINI dan lihat bukti keagungan Allah DI SINI.

Sebab itu Imam Ahmad tak berganjak dari pendiriannya walaupun beliau diseksa dan dipenjara kerana itu. Betapa tingginya iman dan keyakinan beliau kepada Allah s.w.t. Semoga kita mempelajari sesuatu dari cerita ini.

Wallahua'lam

14 November 2011

Student Organizer

Found this picture on Facebook. Such a cutie...


So, if this is my lifetime-student-circle, when do I crocheting things...? Guess what, I don't have one. Organizer. I do things according to my wish. Heee

04 November 2011

SUMBER

Puasa hari Arafah juga dikenali dengan puasa hari Wukuf ialah puasa sunat pada hari kesembilan Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. 

Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda:“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Hari Arafah
i. Bagi penduduk Makkah, Hari Wukuf di Arafah adalah sehari sebelum Hari Nahar (Idul Adha) mengikut ketentuan kerajaan Arab Saudi.
ii. Bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.
iii. Hari Arafah (9 Zulhijjah) mempunyai keistimewaan tertentu yang sewajarnya diambil kesempatan oleh kaum muslimin.
iv. Masa berpuasa Arafah adalah 9 Zulhijjah mengikut ketentuan rukyah awal bulan Zulhijjah negara masing-masing.



9 Zulhijah tahun 2011 bersamaan dengan Sabtu, 5/11/2011, jom puasa ramai-ramai...!