18 November 2011

Makhluk atau Bukan Makhluk

Pernah tak dengar cerita pasal Imam Ahmad tak nak cakap Al-Qur’an itu makhluk? Baru semalam tahu kenapa sebenarnya Imam beriya-iya sangat tak nak membenarkan kenyataan tersebut. Imam Ahmad tetap cakap al-Qur’an bukan makhluk Allah.

Tutor kami cakap; kalau Imam Ahmad kata benar al-Qur’an tu makhluk, secara tak langsung Imam Ahmad kata Allah tak sempurna, sebab Qur’an itu kalamullah “perkatan-perkatan Allah”. Jadi al-Qur'an tu cara Allah sampaikan sesuatu kepada umat Islam.

Adakah Allah mencipta al-Qur’an sebab Allah tak boleh bercakap?

Sudah tentu TIDAK. Buktinya ada dinyatakan dalam al-Qur’an cerita Nabi Allah Musa bercakap denganNYA di Bukit Tursina dan peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. meminta dikurangkan bilangan waktu solat dari 50 rakaat kepada 5 rakaat semasa isra’ mi’raj. Cuma cara Allah bercakap tidak mungkin sama dengan makhlukNYA. Itu anatara zat Allah yang tak dapat kita bayangkan.

Baca tentang peristiwa Nabi Musa DI SINI dan lihat bukti keagungan Allah DI SINI.

Sebab itu Imam Ahmad tak berganjak dari pendiriannya walaupun beliau diseksa dan dipenjara kerana itu. Betapa tingginya iman dan keyakinan beliau kepada Allah s.w.t. Semoga kita mempelajari sesuatu dari cerita ini.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment