23 December 2011

Kenapa Sumpah Laknat Tidak Diterima

Dalam istilah arabnya, li'an - laknat. Qazaf (tuduhan zina) hanya berlaku antara suami dan isteri, bukan seorang pelaku dan pembantunya, apatah lagi seorang lelaki kepada lelaki yang lain.


Qazaf, hukum;
1) Dia boleh melakukan qazaf kerana dia boleh menafikan nasab anak kepadanya. Jadi dalam kes couple tiada istilah qazaf sebab tiada hubungan suami isteri yang boleh menasabkan anak kepada ayahnya.
2) Hukuman had terbatal dengan sumpah li'an - undang-undang ini tidak terpakai kerana negara kita tak  jalankan hukum hudud.
3) Isteri wajib dijatuhkan hukuman had kecuali isteri juga menjawab dengan sumpah li'an.

Tanda zina berlaku;
- Suami tak pernah bersetubuh dengan isteri tetapi kurang dari 6 bulan, atau lebih dari 4 tahun, lahir seorang anak. Anak itu mungkin hasil zina.
- Isteri melahirkan anak yang tidak mengikut rupa suami atau isteri. Dalam kes ini, mesti dipastikan oleh pakar, misalnya melakukan ujian DNA.
- Isteri tinggal berasingan dari suami, dan tiada peluang untuk bersetubuh tetapi mengandung.


Sumpah laknat mesti menggunakan lafaz tertentu yang telah ditetapkan oleh Allah.
sumpah suami; saya bersaksi dengan nama Allah, sesungguhnya saya benar dalam tuduhan saya, bahawa isteri saya berzina (4 kali lafaz), dan sesungguhnya lanat Allah ke atas saya kalau saya bohong (sekali lafaz).
sumpah isteri; saya bersaksi dengan nama Allah, sesungguhnya suami saya berbohong atas tuduhan zinanya ke atas saya (4 kali lafaz), dan murka Allah ke atas saya jika suami saya berkata benar.
أشهد بالله إني لمن الصادقين فيما رميت به هذه من الزنا
أن لعنة الله عليه إن كان من الكاذبين

أشهد بالله إنه لمن الكاذبين فيما رماني به من الزنا 
أن غضب الله عليها إن كان من الصادقين فيه

Kalau ada mana-mana perkataan ditambah atau dibuang, atau lafaz isteri tertukar dengan suami, sumpah li'an itu tidak sah. Apatah lagi jika lafaznya diubah walaupun bersumpah dengan nama Allah dengan lafaz والله وتالله وبالله, sumpah tersebut tetap tidak sah.

No comments:

Post a Comment