11 September 2013

Kopiah Kait dan Baby Cocoon.

Masih mood mengait walaupun agak lama tertangguh projek-projek ni. Masa tengah mabuk-mabuk hari tu apa pun tak lalu buat. Rumah pun tak berkemas sangat. 

Sekarang alhamdulillah semua dah ok. Barang baby pun dah start beli. Itu pun baru beli baju 2 3 helai dengan tilam baby. Ingat nak kait selimut dengan set topi, mitten & booties. Tapi tak tahu lagi baby boy ke girl. Patut tunggu ke buat je unisex?

Unisex pun bagus jugak kan? Nanti boleh pakai untuk adik-adiknya yang lain. In sha Allah kalau murah rezeki :) 

Masih belum ambil gambar barang-barang yang nak let go tu. Kamera pula tak ada buat masa ni. Ada beberapa helai blouse dan jubah custom made. Jubah tu design sendiri. Tak jual kat mana-mana. Kalau ada yang berminat nanti boleh la mesej ye. Jangan segan-segan. Jumaat atau khamis malam akan cuba update gambar.

No comments:

Post a Comment