07 September 2013

Tasarruf dengan Anggota Badan Manusia

Kaedah shariah berkaitan dengan bab mengambil faedah (makan, jual dsb) dari angggota manusia.

1) Kaedah Umum - maqasid shar'iyyah. menjaga 5 perkara asas iaitu diri sendiri, harta, agama, keturunan, dan akal. (life, property, religion, lineage and intellectual) atau (an-nafs, al-mal, ad-deen, al-nasl wa al-'aql)*

2) Hak: hak Allah dan hak manusia.
   - Hak Allah yang mana manusia tak boleh tasarruf dengannya.
   - Hak manusia.

3) Setiap hak manusia yang lebih ghalib (ketara) dari hak Allah, manusia boleh bertasarruf dengannya.

4) Setiap benda yang sabit bahawa manusia boleh bertasarruf dengannya, manusia lain boleh memilikinya. maksudnya, bila Abu derma organ kepada Jason, Abu tidak berhak lagi ke atas organ tersebut. sekarang, ia milik Jason. contoh, bila A derma darah kepada C, sekarang darah tu milik C, bukan A. jadi A takkan disoal atas apa-apa yang dilakukan oleh C. #isu derma darah kepada non-Muslim. Muslim harus menderma darah kepada sesiapa saja. sila rujuk fatwa kabangsaan di SINI.

5) Kaedah Am yang lain;
    - mudarat dihapuskan.
    - mudarat tidak terhapus dengan mudarat yang sama.
    - darurat membolehkan apa yang tidak dibolehkan (pada asalnya). contoh; hampir mati kerana kelaparan, boleh makan bangkai haiwan.
   - darurat dibataskan dengan batas-batasnya. walaupun, boleh makan bangkai, tidak boleh makan sampai kenyang. cukup sekadar mengalas perut.

Ayat Qur'an yang berkaitan;
Amnya, manusia tak boleh tasarruf  dengan anggota badannya. dalam keadaan terpaksa, kerana sakit, kemalangan dsb, manusia boleh tasarruf.


*terjemahan dari bahasa Arab atau english mungkin lebih tepat
*tasarruf - ambil manfaat dengan cara jual, beri pada orang lain dsb

No comments:

Post a Comment