26 January 2018

omar dan hana

balik dari sekolah tadi tengok omar dan hana.  ada pula lagu anak yatim.  tiba-tiba teringat masa selalu berulang KL - Banting pernah terlintas di hati. andai takdir ilahi aku mati, siapa ada untuk 👶, arfan dan suami?  benar. mati itu pasti. namun aku berdoa: yaAllah ya tuhanku. pinjamkan aku nyawa sehingga masa anakku pandai menjaga dirinya. dan suamiku boleh hidup sendiri. memang. Allah uji aku setakat mampuku sahaja.  aku tak mampu hidup berdikari terlalu lama. lalu dia kirimkan aku ke bumi pahang untuk bersama suami.  biarpun jauh beribu batu dari keluarga kami tetap seronok tinggal dan berkhidmat di sini.  moga rahmat Allah melimpah ke atas kita semua.

No comments:

Post a Comment